Cara Kira Kelayakan Gaji Pinjaman Peribadi Public Islamic Bank-MCCM
Dalam artikel ini, kami dari pinjamankerajaan.net ingin menerangkan kepada anda cara pengiraan kelayakan bagi pinjaman peribadi Public Islamic Bank-MCCM. Semua cara pengiraan di dalam artikel ini adalah berdasarkan kepada kriteria serta terma & syarat bagi produk Public Islamic Bank-MCCM .

Tahukah anda, Public Islamic Bank dengan kerjasama MCCM Resources Sdn Bhd menawarkan kadar faedah baru (flat rate) bermula 1 Januari 2020 hingga 30 Jun 2020 bagi produk PIBB-MCCM iaitu 3.99% bagi pembiayaan RM100k-RM150k, dan 4.45% bagi pembiayaan di bawah RM100k.


Untuk memahami kaedah pengiraan ini, kita perlu faham dahulu apakah itu PENDAPATAN KASAR dan PENDAPATAN BERSIH. Pendapatan kasar adalah jumlah gaji pokok dan elaun tetap.
Berikut ialah elaun-elaun tetap yang diambil kira dalam pengiraan pendapatan kasar:-

Pendapatan bersih pula adalah pendapatan kasar yang ditolak dengan semua potongan bulanan.
Berikut pula adalah potongan-potongan wajib yang diambil kira dalam pengiraan pendapatan bersih:-

Untuk ketahui amaun kelayakan anda, langkah pertama adalah mengira baki potongan gaji yang dibenarkan. Berikut adalah contoh slip gaji:-

Mula dengan mengambil gaji pokok anda. Selepas itu jumlahkan semua elaun tetap anda. Akhirnya jumlahkan semua gaji pokok dan elaun tetap anda untuk mendapatkan pendapatan kasar. Kemudian darabkan dengan 60% kelayakan maksimum potongan gaji. Itulah potongan maksima yang dibenarkan yang mana pendapatan bersih tidak kurang daripada 40% daripada pendapatan kasar.
Seterusnya kira pula baki potongan dibenarkan dengan menolak semua jumlah potongan anda daripada kelayakan 60% potongan gaji. Dalam contoh ini, pendapatan bersih anda adalah RM996.

Langkah kedua ialah menyemak komitmen anda. Syarat kelayakan pinjaman Public Islamic Bank-MCCM ini sangat membantu mereka yang punyai komitmen yang tinggi kerana syarat baki minimum pendapatan selepas ditolak semua komitmen bulanan adalah mesti lebih daripada RM1 sahaja.
Di dalam contoh pengiraan ini, kelayakan bagi bayaran bulanan untuk pinjaman baru adalah maksimum RM799.

Seterusnya bandingkan amaun baki potongan dibenarkan dengan kelayakan bayaran bulanan pinjaman baru. Ambil amaun terendah dan semak Jadual Bayaran Bulanan. Dalam contoh ini, pemohon layak membuat pinjaman sehingga RM65,000 bagi tempoh 10 tahun.

Untuk memudahkan pengiraan kadar kelayakan anda, anda boleh terus menghubungi kami melalui WhatsApp untuk respon pantas atau anda boleh lawati laman web kami pinjamankerajaan.net dan mengisi Borang Semakan Kelayakan.
Terima kasih kerana membaca artikel ini. Semoga anda mendapat manfaat daripada tips-tips berguna berkaitan pembiayaan melalui artikel-artikel kami seterusnya.