PROMOSI PRODUK BARU KUWAIT FINANCE HOUSE-MCCM : PAYOUT 100%

Sebagai pengenalan, produk pembiayaan peribadi ini ialah kerjasama di antara Kuwait Finance House (KFH) dengan MCCM Resources Sdn Bhd untuk menyediakan Pinjaman Bank dengan skim bayaran balik potongan gaji melalui Biro ANGKASA. Justeru, anda tidak akan mendapat borang permohonan walaupun anda pergi sendiri ke KFH, kerana hanya MCCM yang mempunyai hak eksklusif untuk memasarkan produk pembiayaan ini. Borang permohonan hanya boleh didapatkan melalui wakil pemasaran MCCM yang sah sahaja.


Kelebihan Produk KFH-MCCM

  • PAYOUT 100% (±5% Kos Insurans & Duti Setem ditanggung oleh KFH)
  • Islamic Financing dengan kadar tetap serendah 3.99%
  • Amaun pinjaman maksima RM200k bagi pinjaman baru dan RM250k bagi overlapping
  • CTOS < RM2k diabaikan, jika lebih boleh diselesaikan dalam loan
  • CCRIS terkini sahaja diambil kira, sebarang tunggakan boleh diselesaikan dalam loan
  • SAA boleh diselesaikan dalam loan
  • AKPK/Bankrap TIDAK LAYAK memohon
  • Pengiraan DSR sehingga 95% (PALING TINGGI)
  • Terdapat Program Pendapatan Isi Rumah (combine income pasangan)
  • Tidak perlu dapatkan Penyata Baki Full Settlement (bagi semua Bank kecuali Koperasi/Yayasan)
  • Tidak perlu sahkan dokumen
  • Hanya Borang Angkasa sahaja perlu pengesahan majikan
  • Proses permohonan sehingga kelulusan sepantas 6-10 hari bekerja
  • Tidak perlu hadir ke Bank untuk sign Letter Offer. Akad melalui panggilan telefon sahaja.
  • Disbursement pinjaman akan dikreditkan ke mana² akaun bank pilihan.

Langkah 1: Semakan Kelayakan

Demi mengekalkan peratus kelulusan permohonan yang tinggi oleh Kuwait Finance House, MCCM bertanggungjawab membuat semakan dan tapisan teliti sebelum mengemukakan borang permohonan pelanggan ke bank. Hanya permohonan pelanggan yang layak sahaja akan dikemukakan ke pihak KFH untuk kelulusan.

Untuk semakan kelayakan, hanya maklumat berikut diperlukan:

  1. Slip gaji 3 bulan terkini; dan
  2. Laporan CCRIS/CTOS; atau
  3. Amaun komitmen bulanan dengan bank di luar slip gaji (pinjaman, kad kredit, rahnu, dll)

Perlu diingatkan bahawa peratusan kebarangkalian untuk lulus adalah hanya 50% jika semakan dibuat tanpa merujuk kepada report CCRIS/CTOS anda.

Oleh itu adalah sangat disarankan supaya anda mendapatkan atau membeli report CCRIS/CTOS terlebih dahulu. Laporan tersebut boleh didapatkan secara percuma di BNM/AKPK, atau lebih mudah dan cepat boleh dibeli secara online hanya RM25 sahaja di https://ctoscredit.com.my/

Semakan kelayakan dengan merujuk kepada report CCRIS/CTOS hampir pasti (90%) dapat menilai samada permohonan anda boleh diluluskan atau tidak.


Langkah 2: Lengkapkan Maklumat Borang Permohonan

Anda tidak perlu memuat turun dan mencetak borang permohonan, sebaliknya hanya perlu memberikan maklumat melalui pautan Google Form. Borang permohonan pinjaman anda akan dilengkapkan berdasarkan maklumat-maklumat yg diberikan dalam Google Form tersebut.


Langkah 3: Whatsapp Dokumen² Diperlukan


Langkah 4: Kemukakan Hardcopy Borang Angkasa yang telah ditandatangan majikan

Boleh terus dihantar kembali melalui pos/serahan tangan ke alamat ini:-

(Attn: En. EDDY)
BAHAGIAN PEMASARAN KFH-MCCM
No. 28-1, Tingkat 1, Pekeliling Business Centre,
Persiaran 65C off Jalan Pahang Barat ,
53000 Kuala Lumpur
Tel : 013-7250052

Borang permohonan anda seterusnya akan diproses oleh pihak MCCM bagi memastikan semua dokumen lengkap dan semua syarat kelayakan dipenuhi sebelum permohonan dikemukakan ke Kuwait Finance House. Sekiranya perlu, pihak MCCM mungkin akan terus menghubungi anda untuk sebarang urusan lanjut. Kebiasaannya keseluruhan proses ini mengambil masa 2 ke 5 hari sahaja.


Langkah 5: Tunggu Kelulusan dari Kuwait Finance House

Borang permohonan anda seterusnya diproses pihak KFH. Anda mungkin akan menerima panggilan dari pihak KFH untuk pengesahan permohonan pinjaman.

Sekiranya tiada isu berkaitan kelayakan berbangkit, pihak KFH dapat memberikan pra-kelulusan seawal 2 hari sahaja. Pihak kami akan menghubungi anda daripada masa ke masa untuk memberitahu status terkini permohonan anda.

Sekiranya lulus, anda akan dihubungi oleh pihak KFH sekali lagi untuk akad perjanjian.

Jumlah pinjaman akan dikreditkan ke akaun gaji anda kebiasaannya sehari selepas selesai akad perjanjian.

Secara amnya, keseluruhan proses daripada tarikh penerimaan borang di MCCM sehingga selesai disbursement mengambil tempoh sekitar 6-10 hari bekerja. Diharapkan permohonan anda juga lancar!