PROSES FLOW OVERLAP TANPA SURAT FULL SETTLEMENT

Sepertimana maklum, pembiayaan peribadi Kuwait Finance House (KFH)-MCCM menawarkan Program Penyatuan Hutang (Debt Consolidation Programme) yang istimewa kerana Limit DSR adalah lebih longgar daripada pakej pembiayaan biasa atau fresh loan.

Kelebihan kedua ialah permohonan boleh dihantar tanpa perlu menyertakan Surat Full Settlement daripada semua institusi Bank (tidak termasuk Koperasi/Yayasan).

Artikel ini bertujuan untuk memberikan penjelasan berkenaan proses flow overlap tanpa Surat Full Settlement supaya pemohon faham secara terperinci berkenaan tanggungjawab dan risiko kemungkinan timbulnya masalah berbangkit kepada pemohon.


1. Amaun Bayaran Settlement

KUWAIT FINANCE HOUSE (MALAYSIA) BERHAD (“KFH”) akan melakukan pemotongan secara terus daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan untuk membuat pembayaran penyelesaian penuh berdasarkan jumlah baki tertunggak (total outstanding balance) mengikut rekod CCRIS (Central Credit Reference Information System).

Sebagai contoh, jika pemohon ingin membuat penyatuan kedua-dua hutang di AgroBank, pihak KFH akan terus membayar AgroBank berdasarkan maklumat baki di dalam CCRIS iaitu RM44,097 + RM104,063


2. Maklumat Akaun dan Dokumen Sokongan

Pemohon wajib mengemukakan dokumen sokongan seperti Penyata Akaun, Online Banking atau dokumen² berkaitan yang mengandungi maklumat seperti nama pemohon, no. akaun pinjaman dan nama bank. Contoh dokumen adalah seperti di bawah:


3. Kemukakan Resit Pembayaran Untuk Tindakan Penutupan Akaun

Dalam masa 3 hari bekerja setelah pembayaran penyelesaian penuh dibuat oleh KFH, Pegawai Pemasaran MCCM perlu memberikan Resit Bayaran kepada pemohon untuk tindakan pemohon selanjutnya.

Pemohon perlu menghubungi institusi/bank yang berkaitan untuk mengemukakan Resit Bayaran tersebut dan memberikan makluman bahawa jumlah amaun yang dibayar oleh KFH adalah bertujuan untuk membuat “Full Settlement”. Justeru memohon agar institusi/bank terbabit menyempurnakan proses penutupan akaun pemohon.

Sekiranya ada terlebih bayaran, pemohon boleh mohon untuk refund, sebaliknya jika ada terkurang bayaran, pemohon perlu menambah sendiri amaun tersebut.


4. Maklumkan Kepada Pegawai Pemasaran

Pemohon perlu pastikan untuk memaklumkan kepada Pegawai Pemasaran MCCM seberapa segera (dalam tempoh 14hari) bahawa akaun pemohon di institusi/bank terbabit telah ditutup sepenuhnya.


RUMUSAN

Apabila pemohon benar² faham berkenaan proses flow overlap tanpa Surat Full Settlement, pemohon perlu menandatangani “SURAT KEBENARAN DAN PELEPASAN TANGGUNGAN” yang boleh dimuat turun di bawah.


Langkah 4: Kemukakan Hardcopy Borang Angkasa yang telah ditandatangan majikan beserta Surat Kebenaran dan Pelepasan Tanggungan

Kedua-dua hardcopy tersebut boleh terus dihantar kembali melalui pos/serahan tangan ke alamat ini:-

(Attn: En. EDDY)
BAHAGIAN PEMASARAN KFH-MCCM
No. 28-1, Tingkat 1, Pekeliling Business Centre,
Persiaran 65C off Jalan Pahang Barat ,
53000 Kuala Lumpur
Tel : 013-7250052

Borang permohonan anda seterusnya akan diproses oleh pihak MCCM bagi memastikan semua dokumen lengkap dan semua syarat kelayakan dipenuhi sebelum permohonan dikemukakan ke Kuwait Finance House. Sekiranya perlu, pihak MCCM mungkin akan terus menghubungi anda untuk sebarang urusan lanjut. Kebiasaannya keseluruhan proses ini mengambil masa 2 ke 5 hari sahaja.


Langkah 5: Tunggu Kelulusan dari Kuwait Finance House

Borang permohonan anda seterusnya diproses pihak KFH. Anda mungkin akan menerima panggilan dari pihak KFH untuk pengesahan permohonan pinjaman.

Sekiranya tiada isu berkaitan kelayakan berbangkit, pihak KFH dapat memberikan pra-kelulusan seawal 2 hari sahaja. Pihak kami akan menghubungi anda daripada masa ke masa untuk memberitahu status terkini permohonan anda.

Sekiranya lulus, anda akan dihubungi oleh pihak KFH sekali lagi untuk akad perjanjian.

Jumlah pinjaman akan dikreditkan ke akaun gaji anda kebiasaannya sehari selepas selesai akad perjanjian.

Secara amnya, keseluruhan proses daripada tarikh penerimaan borang di MCCM sehingga selesai disbursement mengambil tempoh sekitar 6-10 hari bekerja. Diharapkan permohonan anda juga lancar!