Proses Permohonan Pinjaman Public Islamic Bank-MCCM

Sebagai pengenalan, produk pembiayaan peribadi ini ialah kerjasama di antara Public Islamic Bank dengan MCCM Resources Sdn Bhd untuk menyediakan Pinjaman Koperasi dengan skim bayaran balik potongan gaji melalui Biro ANGKASA. Justeru, anda tidak akan mendapat borang permohonan walaupun anda pergi sendiri ke Public Bank, kerana hanya MCCM yang mempunyai hak eksklusif untuk memasarkan produk pembiayaan ini. Borang permohonan hanya boleh didapatkan melalui MCCM dan wakil pemasaran sahnya sahaja.

Fasa 1: Semakan Kelayakan

Demi mengekalkan peratus kelulusan permohonan yang tinggi oleh Public Bank, MCCM bertanggungjawab membuat semakan dan tapisan teliti sebelum mengemukakan borang permohonan pelanggan ke bank. Hanya pelanggan yang layak sahaja akan diberikan Borang Permohonan secara percuma samada melalui POS atau serahan tangan.

  1. Untuk semakan slip gaji, anda boleh menghubungi terus wakil sah pemasaran kami atau boleh mengisi Borang Semakan Kelayakan yang disediakan.
  2. Pihak kami akan mengemukakan beberapa soalan lanjut untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan pendapatan dan rekod kredit anda.
  3. Kemudian pihak kami akan memberikan cadangan butiran pinjaman yang paling sesuai buat anda.
  4. Setelah bersetuju dengan butiran pinjaman, pihak kami akan meminta alamat pos anda untuk menghantar borang permohonan.

Fasa 2: Lengkapkan Borang Permohonan

Demi mengekalkan peratusan penerimaan balik borang daripada pelanggan yang tinggi, pihak kami hanya akan mengepos borang permohonan kepada pelanggan yang benar-benar serius sahaja bagi mengelakkan pembaziran kos pos.

Senarai Dokumen Yang Perlu Disediakan:

  • 3 Salinan Kad Pengenalan ( I.C ) – Perlu Disahkan
  • 3 Salinan Kad Polis (PDRM Sahaja) – Perlu Disahkan
  • 3 Salinan Slip Gaji 3 bulan Terkini – Perlu Disahkan
  • Surat Pengesahan Majikan – (mengandungi butiran gaji)
  • Lampiran Opsyen Pencen – bagi pemohon berumur 45 tahun ke atas

Anda boleh merujuk kepada Panduan Mengisi Borang supaya memastikan semua syarat-syarat dipenuhi. Borang yang telah dilengkapkan, boleh terus dihantar kembali melalui pos/serahan tangan ke alamat ini:-

(Attn: En. EDDY)
BAHAGIAN PEMASARAN MCCM PUBLIC ISLAMIC BANK
No. 28-1, Tingkat 1, Pekeliling Business Centre,
Persiaran 65C off Jalan Pahang Barat ,
53000 Kuala Lumpur
Tel : 013-7250052

Fasa 3: Semakan & Tapisan MCCM

Borang permohonan anda seterusnya akan diproses oleh pihak MCCM bagi memastikan semua dokumen lengkap dan semua syarat kelayakan dipenuhi sebelum permohonan dikemukakan ke Public Bank. Sekiranya perlu, pihak MCCM mungkin akan terus menghubungi anda untuk sebarang urusan lanjut. Kebiasaannya keseluruhan proses ini mengambil masa 2 ke 5 hari sahaja.

Perlu diingatkan bahawa kepantasan/kelewatan pemohonan anda adalah bergantung kepada maklumat yang anda berikan di Fasa 1. Sila nyatakan dengan benar terutamanya 2 perkara di bawah:

  1. Amaun komitmen dengan bank di luar slip gaji yang terkandung dalam sistem CCRIS
  2. Status kewangan anda sekiranya ada masalah CTOS, CCRIS, Blacklist ataupun Kes Mahkamah

Kesemua pemohonan yang ditolak adalah disebabkan oleh sebab syarat-syarat pihak pembiaya TIDAK DIPENUHI. Kes seperti inilah yang menyebabkan proses pemohonan anda terjejas dan secara tidak langsung melewatkan proses pemohonan anda.

Fasa 4: Kelulusan Public Bank

Borang permohonan anda seterusnya diproses pihak Bank. Anda mungkin akan menerima panggilan dari pihak Bank untuk pengesahan permohonan pinjaman.

Sekiranya tiada isu berkaitan kelayakan berbangkit, pihak Bank dapat memberikan pra-kelulusan seawal 2 hari sahaja. Pihak kami akan menghubungi anda daripada masa ke masa untuk memberitahu status terkini permohonan anda.

Sekiranya lulus, anda akan dihubungi oleh pihak Bank sekali lagi untuk menetapkan tarikh untuk menandatangani perjanjian pinjaman di Public Bank pilihan anda.

Sekiranya anda belum mempunyai sebarang akaun simpanan di Public Bank, anda boleh menyediakan RM250 untuk membuka akaun pada hari yang sama menandatangan perjanjian. Jumlah pinjaman akan dikreditkan ke akaun Public Bank anda kebiasaannya 2 hari selepas perjanjian ditandatangani.