TIPS PINJAMAN BAGI PESERTA PROGRAM AKPK
Ramai yang bertanya “Saya sedang mengikuti Program Pengurusan Hutang di bawah seliaan AKPK, masih boleh mohon pinjaman ke?”
Jawapannya BOLEH, TAPI:-
i) Hanya layak di Institusi Bukan Bank seperti Koperasi/Yayasan.
ii) Hanya FRESH LOAN sahaja disarankan. (Overlap tidak digalakkan).
Apa masalahnya dengan pinjaman Koperasi/Yayasan?
Pertama sekali, pinjaman daripada Institusi² ini adalah “loan cekik darah”. Seperti diketahui, setelah menyertai AKPK maka tidak layak lagi untuk memohon “loan murah” di Bank. Jadi institusi² ini ibarat mengambil kesempatan di atas kesempitan. Institusi² ini mengenakan kadar interest yang tinggi dan juga Payout yang rendah jika dibandingkan dengan pinjaman Bank.
Kedua, birokrasi yang menyusahkan pelanggan. Bila nak mohon loan bukan main cepat diluluskan, tapi bila kita nak buat pertanyaan berkenaan akaun, atau contohnya bila nak dapatkan Penyata Penyelesaian Awal, nak hubungi mereka punyalah susah. Call kalau berangkat tu kira bernasib baik sangat lah. Lepastu bukan sahaja kena caj yang agak mahal juga untuk sekeping penyata. Kena tunggu lagi untuk satu tempoh yang tidak munasabah lama (2-4 minggu) untuk menyediakan sekeping penyata. Lepas tu tarikh valid yang diberikan sangatlah singkat. Belum sempat loan yang baru nak buat tu diluluskan, penyata tu tamat tempoh. Dah kena bayar caj lagi & tunggu lagi!! Tak percaya saya takpe, saya yakin ramai yang setuju dengan pengalaman buruk mereka disusahkan oleh Institusi² seperti ini.
Walaubagaimanapun, tidak dinafikan kewujudan produk pinjaman institusi² ini juga adalah perlu sebagai talian hayat kepada mereka yang menghadapi keperluan mendesak mendapatkan tunai di tangan.
Kenapa tak boleh overlap loan lama?
Bukan tak boleh, cuma overlap loan lama menggunakan loan Koperasi/Yayasan bukahlah satu tindakan bijak kerana Payout loan Koperasi/Yayasan adalah rendah berbanding Bank.
Ramai yang buat kesilapan ini. Ada juga yang overlap loan lama di Bank menggunakan loan Koperasi/Yayasan. Bermaksud kita tutup hutang lama yang interest rendah kepada hutang baru yang interest tinggi. Atau dalam bahasa lainnya kita buat loan mahal untuk tutup loan murah!!
Saya faham kadangkala keperluan mendesak memerlukan kita berbuat demikian, akan tetapi pertimbangkan dahulu Pros & Cons supaya membuat keputusan yang paling tepat dan adil untuk diri sendiri.
OK, kalau nak mohon fresh loan boleh kan?
Boleh, sekiranya masih ada ruang untuk potongan loan baru di payslip. Bermakna, sekiranya potongan payslip semasa telah mencecah 60%, maka tidak layak lagi untuk mohon fresh loan.
Potongan payslip dah melebihi 60%, tapi lebih sikit je..boleh try overlap lagi tak?
Melalui pengalaman saya, kalau dah lebih 63%, ianya dah hampir mustahil boleh lepas walaupun overlap menggunakan loan bank. Melainkan loan yang di tutup tu betul² loan lama yang baki dah tinggal betul² sikit.
Bagi kes <63% masih ada harapan untuk cuba dan berbaloi untuk dapatkan Penyata Penyelesaian Penuh daripada Institusi loan yang ingin ditutup tersebut. Namun kalau loan yg ditutup itu terlalu baharu (kurang daripada 2 tahun), mungkin agak sukar untuk lepas kerana baki masih banyak.
Potongan payslip masih belum 60%. Sekiranya terdesak, dimanakah boleh mohon fresh loan?
Dalam banyak² produk loan untuk peserta AKPK yang berada di pasaran, saya menyarankan produk loan daripada KOBETA. Kadar interest dan payout yang reasonable dan tidak terlalu membebankan. Pihak pengurusan juga mudah untuk dihubungi dan sangat profesional.
Boleh baca lebih lanjut berkenaan produk tersebut di link ini –> https://pinjamankerajaan.net/pembiayaan-peribadi-i-kobeta-speed-i/
Perlukan Konsultasi?
MCCM Resources merupakan badan potongan gaji yang menguruskan pembiayaan untuk penjawat awam dari Bank dan juga Koperasi seperti berikut:
1) Public Islamic Bank
2) Ambank Islamic Bank
3) RHB Bank
4) KOPUTRI
5) UKHWAH
6) КОВЕТА
Hanya berikan saya maklumat yang diperlukan. Saya buat semakan kelayakan, dan menawarkan produk pembiayaan paling sesuai buat anda.Tanpa sebarang bayaran. 100% percuma.
Untuk semakan awal, saya perlukan hanya:
1) Slip gaji – 3 bulan terkini
2) Status kredit anda – ada masalah CCRIS/ CTOS / SAA / AKPK tak?
3) Amaun komitmen bulanan dengan bank di luar slip gaji.
HANTAR MAKLUMAT
Salam & Hai, nama saya Eddy dari MCCM Resources. Saya sedia membantu anda dapatkan pinjaman peribadi berdasarkan apapun rekod kredit anda.
SYARAT UTAMA, anda mestilah seorang:
KAKITANGAN KERAJAAN
yang bekerja di mana-mana
AGENSI KERAJAAN
yang mempunyai
POTONGAN ANGKASA.